KRU Bongawan
ღ Kelab Remaja Ukhuwah Bongawan ღ
Usrah Gabungan KRU Bongawan
Friday 17 January 2014 ? 0 words ?
14 JANUARI 2014
Surau SMK Bongawan
Alhamdullilah,Pelbagai pengisian ilmu yang kami dapat menerusi permainan mengenali Rasullulah,Muhasabah Diri dan juga Solat Zuhur Berjemaah








Qiamulail 2.0
Wednesday 13 November 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum. Pada 2 hingga 3 November 2013 Kru Bongawan telah mengadakan Qiamulail 2.0 di Surau Seri Serbang Bongawan anjuran Pss Bongawan dan Kru Bongawan. Syukur Terhadap Allah kerana melindungi kami dari segala gangguan dan ucapan ribuan terima kasih kepada ajk-ajk yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini.










Takbir Hari Raya Aidil Adha Kru Bongawan
Monday 14 October 2013 ? 0 words ?
Takbir Raya Kru Bongawan di Masjid Nurul Hidayah pada 15/10/2013







Qiamulail Kru Bongawan
Sunday 8 September 2013 ? 0 words ?




Alhamdullilah. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam. Kru Bongawan telah mengadakan Qiamulail pada 7.9.2013 di Surau Biau Bongawan anjuran Pss dan Kru Bongawan. Pertama sekali kami ingin mengucapkan Ribuan Terima kasih kepada Ahli jawatan kuasa yang terlibat dalam aktiviti ini kerana telah menjalankan tugas anda dengan jayanya. Terutamanya kepada Ajk Memasak yang bertungkus lumus menyediakan makanan untuk semua peserta dan Ibu bapa. Sebanyak 30 lebih orang yang mengikuti Qiamulail ini. Syukur terhadap Allah kerana melindungi kami dari sebarang ganguan Jin,Syaitan dan Manusia yang bertindak khianat terhadap kami.




                                           Taaruf
                                           Tadabur Alam
                                          Riadah
                                          Lambaian Ukhuwah

Usrah Minguan dan Mesyuarat Kru Bongawan
Saturday 31 August 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum. Pada 31/8/2013 Kru Bongawan mengadakan Usrah Minguan di Astaka Smk Bongawan. Bersyukur terhadap Allah kerana menlindungi kami semua. Selepas Usrah tersebut kami bermesyuarat di Surau Smk Bongawan.






Edaran Bubur Lambuk ( Kru Bongawan , Pss Bongawan dan UBM ( Unit Belia Masjid Nurul Hidayah )
Sunday 28 July 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum.Pada 27.07.2013 Kru Bongawan , Pss Bongawan dan UBM telah mengedarkan bubur lambuk kepada Masyarakat di Kampung Bongawan yang diadakan di Masjid Nurul Hidayah Bongawan. Pada Jam 8.30-9.30 kami menunggu ketibaan ahli yang terlibat. Pada jam 9.30 pagi kami semua berkerjasama untuk mendirikan khemah dan menyediakan peralatan untuk memasak. Seterusnya pada waktu zuhur kami melakukan solat secara berjemaah di Masjid Nurul Hidayah. Alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar. Selepas solat, kami berkejasama untuk memasak bubur lambuk sehingga masak. Selepas itu, kami membungkus bubur lambuk dan bersedia untuk diedarkan pada orang ramai.Selepas Solat Asar, kami mula mengedar bubur lambuk kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua Ahli2 yang terlibat kerana telah menjayakan aktiviti ini dengan jayanya. Sekian Terima kasih

Perjumpaan Dengan Kru Dan Pss Bongawan serta mesyuarat dengan UBM
Sunday 21 July 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum. Alhamdullilah syurkur terhadap ilahi kerana telah memperjumpakan kami sekali lagi dalam satu bulatan Ukhuwah yang telah terbina. Pada 21/7/2013 Masa Jam 10.00  Kru dan Pss Bongawan telah mengadakan perjumpaan untuk sesi taaruf sekali lagi serta penyerahan perlantikan sebagai pengerusi Pss Bongawan Abg Hanafi kepada Abg Azri. Di masa yang sama kami kami disuruh untuk memberi cadangan apakah aktiviti yang kami akan lakukan dalam masa satu tahun ini. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Pada jam 1.00 petang selepas zuhur, Ubm, Kru dan Pss Bongawan telah membuat mesyuarat untuk edaran bubur lambuk yang akan kami lakukan pada 27.7.2013 minggu hadapan.







                                          jejaka2 UBM :)


new→←past