Edaran Bubur Lambuk ( Kru Bongawan , Pss Bongawan dan UBM ( Unit Belia Masjid Nurul Hidayah )
Sunday, 28 July 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum.Pada 27.07.2013 Kru Bongawan , Pss Bongawan dan UBM telah mengedarkan bubur lambuk kepada Masyarakat di Kampung Bongawan yang diadakan di Masjid Nurul Hidayah Bongawan. Pada Jam 8.30-9.30 kami menunggu ketibaan ahli yang terlibat. Pada jam 9.30 pagi kami semua berkerjasama untuk mendirikan khemah dan menyediakan peralatan untuk memasak. Seterusnya pada waktu zuhur kami melakukan solat secara berjemaah di Masjid Nurul Hidayah. Alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar. Selepas solat, kami berkejasama untuk memasak bubur lambuk sehingga masak. Selepas itu, kami membungkus bubur lambuk dan bersedia untuk diedarkan pada orang ramai.Selepas Solat Asar, kami mula mengedar bubur lambuk kepada masyarakat. Terima kasih kepada semua Ahli2 yang terlibat kerana telah menjayakan aktiviti ini dengan jayanya. Sekian Terima kasihnew→←past