Usrah Gabungan Kru Bongawan
Sunday, 7 July 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum. Kru Bongawan telah mengadakan Usrah gabungan di Masjid Nurul Hidayah Bongawan pada 7.7.2013. Tajuk usrah kami ialah tentang Ramadhan. Alhamdullilah seramai 16 orang yang menghadiri Usrah ini dan Usrah tersebut di uruskan oleh Abang Azrie Bin Ismail(PSS). Selepas itu acara menyambut hari jadi sahabat di teruskan dengan makan kek bersama. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan semua Ahli-ahli Kru Bongawan mempunyai semangat yang kuat.Nafsu mulut paling susah di jaga ianya lebih tajam dari pisau kerana pisau boleh menyakitkan jari
jarak dekat tetapi kata-kata hanya dengan suara dan sampai ke hati.
Baju Merah Abg Azrie
Fuyooo semua dengan gaya masing2 hehe.
Hari Koperasi SMK BONGAWAN
Saturday, 29 June 2013 ? 1 words ?
Assalamualaikum. Hari ini bersamaan dengan 29.06.2013 SMK Bongawan Telah mengadakan Hari Koperasi peringkat sekolah. Alhamdullilah Kru Bongawan telah membuat satu gerai menjual makanan dan barang-barang. Syukur terhadap Allah kerana telah melancarkan segala urusan kami. Semua Ahli Kru Bongawan yang datang berkerja sama untuk membuat persedian dengan lebih awal dan menolong untuk menjual hasil yang kami jual. Saya wakil dari Pihak Kru Bongawan ingin meminta maaf jika ada salah dan silap kami dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Kru Bongawan yang Bekerja sama untuk menjayakan Aktiviti ini. Terbaik :D.Usrah Di Air Terjun Sirong Sumandak Bongawan
Monday, 24 June 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum. Syukur terhadap Allah menemukan kami semua untuk memperkuatkan ukhuwwah yang kami bina. Alhamdullilah, Kru Bongawan telah mengadakan usrah di Air Terjun Sirong Sumandak pada 23.06.2013 ( Hari Ahad ). Lepas usrah apa lagi mandi la kami hehe.Penampalan Carta Organisasi Dan Mesyuarat Untuk Hari Koperasi
Saturday, 22 June 2013 ? 0 words ?
Assalamualaikum. Pada 22.06.2013 Kru Bongawan Membuat Carta Organisasi dan melekatkan di ruang khas untuk Kru Bongawan di Masjid Nurul Hidayah Bongawan. Walaupun tidak ramai yang datang, mereka tetap berkerja sama untuk menyelesaikan carta organisasi itu dengan cantik. Selepas itu kami membuat mesyuarat sempena hari Koperasi Smk Bongawan. Kami bercadang untuk membuka gerai di Smk Bongawan pada Hari koperasi ini.
Mestuarat Kru Bongawan
Carta Organisasi KRU BONGAWAN
IFTAR KRU Bongawan
Thursday, 20 June 2013 ? 0 words ?
Selepas kami berbuka puasa bersama, kami melakukan solat maghrib secara berjemaah. Selepas itu, kami membaca surah yasin. Syukur terhadap Allah sebab melindungi kami. Seterusnya, Solat isya secara berjemaah , aktiviti LDK di lakukan dan menyambut hari jadi Sahabat kami dengan berqasidah dan upacara memotong cake. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dengan bantuan PSS, Kru Bongawan dan Penduduk Asrama Smk Bongawan. Terima kasih di ucapkan. Saya wakil dari pihak Kru Bongawan ingin meminta maaf jika ada kesalahan yang kami lakukan.
Terharu dengan sambutan hari jadi dia
Peace ^^
Bacaan Yasin
Suap kawan sebelah
Muslimat
Tazkirah Dari pengerusi
Berbuka Puasa Bersama
new→←past















Usrah Gabungan Kru Bongawan